Tuesday, August 10, 2010

Highlights Kew N9 FC vs Mantau Power FC

              Kew N9 FC               :         Mantau Power Fc
         ( 1 )                                                                                ( 0 )

Amie  34'

  Paichow 60'



Ianya adalah petang yang sedikit lembab, dengan hujan turun selebat-lebatnya pada pukul 3.00 petang. Pasukan Kew N9 FC hadir dengan pelbagai prospek dan harapan dapat menamatkan musim sebelum bermula Ramadhan dengan kemenangan besar. Pasukan yang akan ditentang adalah sebuah pasukan yang masih baru iaitu Mantau Power FC, dengan dibarisi rata-rata pemain muda yang cetek pengalaman.

Aboy ' S tidak diturunkan dalam kesebelasan utama
Kew N9  menurunkan pemain-pemain veteran dengan Abg Joe dan Abg Timan memulakan perlawanan, dibantu dengan sayap kanan Aliff  ( anak abg Joe ) dan sayap kiri Apis. Pemain tengah pula adalah pengurus pasukan sendiri iaitu Amie dan Paichow, pertahanan pula adalah Panda, Ijan, Eri Boy dan Daus yang sedang berpraktikal di Perbendaharaan Negeri sambil pemain simpanan pula adalah Aboy'S dan Cik Zuar yang baru dibeli.


Pasukan Kew N9 memulakan perlawanan dengan rentak berhati-hati dan mengamalkan corak serangan dari pemain sayap sambil mengharapkan hantaran-hantaran lintang yang dilakukan oleh kedua-dua pemain sayap iaitu Apis dan Aliff. Amie dan Paichow saling bertukar-tukar hantaran untuk mengelirukan pihak lawan dengan paichow dilihat lebih banyak menghantar bola dari terus membawa bola masuk ke dalam kotak D pintu gol lawan. Abg Timan dan Abg Joe memiliki banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun mereka berdua masih gagal memecah kebuntuan, hanya pada minit ke 30, tandukan Abg Timan hasil hantaran silang Apis sedikit tersasar dan melantun keluar. Selepas itu pula, percubaan Apis yang hanya berhadapan dengan penjaga gol sahaja juga tersasar.


Amie menjaringkan gol, namun kecewa dengan persembahan pasukan
Kew N9 akhirnya mendapatkan gol yang diperlukan apabila Apis melorongkan bola kepada Paichow, Paichow menghantar terus kepada Aliff dan Aliff melorongkan bola kepada Amie yang terus merembat untuk gol pertamanya dalam jersi Kew N9 dengan 9 penampilan. Kew N9 melancarkan serangan bertali arus bagi menambah gol, namun tiada lagi gol yang dapat dihasilkan.


Eri Boy gagal mengatasi pertahanan ini ??
Diseparuh masa kedua pula, pemain-pemain Kew N9 terutamanya dibahagian pertahanan seolah-olah hilang arah apabila pemain pertahanan iaitu Ijan dan Eri Boy naik ke atas untuk membantu serangan. Tindakan itu nampaknya menjadikan keadaan kelam kabut dan Kew N9 hampir saja dibolosi kerana bermain dengan hanya 3 pertahanan. Dengan barisan serangan yang diperkuatkan iaitu, Abg Timan, Aboy'S, Aliff, Eri Boy dan Ijan, Kew N9 seolah-olah buntu mencari jaringan, dengan pemain tengah Paichow dan Apis terpaksa turun ke bawah demi memastikan Kew N9 tidak dibolosi. Kew N9 sepatutnya berterima kasih kepada barisan pertahanan kental yang diterajui oleh Panda, Daus, Apis dan Remy sebagai penjaga gol. 


Cuba perhatikan pada Eri Boy dan pertahanan lawan, Aboy'S pula pandang mana?

Pada minit ke 70 Remy turut menukar posisi ke bahagian serangan, bagi menambahkan lagi tekanan kepada Mantau Power, namun setiap percubaan tidak menghasilkan gol, Aboy'S juga berpeluang untuk menambahkan jaringan, namun tandukannya langsung tidak menyentuh bola, apabila dilihat pada rakaman video, ternyata beliau menutup mata
sebelum menanduk bola.Walaupun begitu, Kew N9 tetap keluar sebagai pemenang.



Kew N9 Football Team : Remy, Daus, Panda, Ijan, Eri Boy, Amie,
                       Paichow(60),Amie,Abg Timan, Abg Joe,
                       Aboy'S, Cik Zuar, Apis
                      

2 comments:

  1. 1-0 jer , osah tak bagus team nih

    ReplyDelete
  2. mcm kungfu panda jo aboy tu mihahahahhaha
    akulah aboy sayyyyuururrrrr

    ReplyDelete