Monday, November 14, 2011

Keputusan Perlawanan KewN9 vs Jab. Pendaftaran Negara N.S


Ini adalah Perlawanan ke-5 rasmi KewN9 FootballTeam pada musim 2011, selepas ghairah menyambut Aidiladha. Para pemain kelihatan begitu bersemangat dan yakin mampu menewaskan pasukan Jab. Pendaftaran Negara N.Sembilan.

Saturday, November 12, 2011

CasaZara@photography: Kamera Vintage Yashica Electro 35 GSN

CasaZara@photography: Kamera Vintage Yashica Electro 35 GSN: Salam semua...tentang tajuk kat atas ni, bukan lah apa-apa pun, aku pun bukan pakar mengenai kamera ni, cuma aku ada memiliki kamera seperti...

Tuesday, October 25, 2011

Catitan Wira Tempur Pendekar Laut: Respect : Alessandro Del Piero

Catitan Wira Tempur Pendekar Laut: Respect : Alessandro Del Piero: Del Piero ketika remaja bersama Padova Bagi peminat Serie A (liga Itali), aku tahu dan yakin, ramai dah dengar kontroversi di sana. Kont...

Selamat Hari Deepavali 2011

KewN9 Football Team mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada yang menyambutnya


Sekian.....

Friday, October 21, 2011

Kejutan KewN9 Vs Perangkaan

Dengan ini dimaklumkan bahawa, perlawanan petang semalam terpaksa ditunda kerana hujan lebat dan ribut petir yang melanda.


Walaupun budak2 ni main gak semalam, tapi player KewN9 hanya 2 org, dan mula main pada pukul 6.45 petang, Maghrib pukul 7 jang oi...tak kan 15 minit je main nk masuk rekod.Polisi kelab adalah 80% KewN9, 20% pinjaman.


Jadi kepada Eri Boyo yang score smlm, jaringan anda tak masuk rekod...














hahahahaha....


Pengarah Kelab.

Thursday, October 20, 2011

Krisis Pemain !!!!!

Berita terbaru yang diterima khabarnya manager KewN9 tengah pening kepala sebab banyak player KewN9 tk dapat turun untuk game petang ni....meh kita tengok status player yang 'doubtful' untuk turun main petang ni..

"boyos demam panas katanya"




"ijan balik Salak"




"Paichow still out injured"


"remy org rumah bersalin"


"nizam jgn diharapkan, hihihi"






       JADI YANG TINGGAL!!!!

"best ever KewN9 left defender for the all time, panda"


"KewN9 all time scorer, apis"


"amie manager, pening woi player takde"



"Player buangan ni kalau de, ade lah.Aboy's"




Polisi kelab adalah, 80% pemain tempatan dan 20% import, hihhih...

 


Wednesday, October 19, 2011

Preview Vs Jab. Perangkaan ( 20.10.2011)

tempat budak ni main basikal sebelah tu lah padang eh kita nk main sok.hahah
Besok(20.10.2011), team KewN9 akan menentang team Perangkaan di padang Kompleks Sukan Paroi. Bagi budak2 KewN9 ni lah 1st time dapat main kat padang Kompleks Sukan tu secara rasmi(sebelum ni tak main sbb sewa mahal) lagi pun tkde team yg nk ajak main kat situ.Hihihi.


Mengikut rekod KewN9, mereka pernah bertemu Jab. Perangkaan sekali sahaja, tu pun pada tahun 2010, dengan keputusan seri 0-0 ketika itu, tiada apa yang dapat diperkatakan mengenai prestasi kedua-dua pasukan.


Bagi Jab. Perangkaan pula, padang Kompleks Sukan Paroi bukan lah asing kerana itu adalah 'home' bagi mereka berbanding KewN9 yang menjadikan Padang NS (MPS) sebagai 'home'.


Persiapan telah dilakukan oleh pengurus pasukan (Amie) dengan menyusun pemain-pemain dan memanggil beberapa pemain luar utk membantu KewN9 yang kekurangan pemain akibat krisis umur dan kecederaan..hihhihih


KewN9 line-up :Remy, Ijan, Apis, Panda, Paichow, Eri Boyo, Amie, Timan, Joe, Ajak, Azuar.