Monday, November 14, 2011

Keputusan Perlawanan KewN9 vs Jab. Pendaftaran Negara N.S


Ini adalah Perlawanan ke-5 rasmi KewN9 FootballTeam pada musim 2011, selepas ghairah menyambut Aidiladha. Para pemain kelihatan begitu bersemangat dan yakin mampu menewaskan pasukan Jab. Pendaftaran Negara N.Sembilan.



Menurunkan barisan pemain bintang KewN9 dengan penampilan Ijan, Eri Boyo, Apis, Amie, Remy dan Panda manakala pemain pinjaman adalah Adin, Raja, Aboy Udo dan 4 orang dari Jab. Perangkaan termasuk penjaga gol.

Diawal permainan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang, jentera tengah KewN9 yang dijana oleh Amie agak lesu tanpa sebarang hantaran berbahaya ke depan pintu gol.

Keep try and try....
Setelah permainan memasuki pertengahan separuh masa pertama, barulah jentera serangan KewN9 berfungsi dengan Eri Boyo dan Apis mula bergerak dari bahagian tepi padang dan menhantar bola le kawasan gol lawan, KewN9 mempunyai banyak peluang untuk memecah kebuntuan jaringan, namun tindakan penyudah dar penyerang agak mengecewakan.

Diakhir-akhir minit separuh masa pertama, melalui serangan balas pantas, pasukan Jab. Pendaftaran Negara akhirnya membuka tirai jaringan dengan rembatan dari sebelah kanan gawang KewN9.

KewN9 terus dibolosi lagi...
Diseparuh masa kedua, pasukan KewN9 melancarkn serangan bertali arus bagi memburu jaringan penyamaan, namun entah dimana silapnya gawang KewN9 terus dibocori bagi kali kedua hasil gerakan menarik penyerang pasukan Jab. Pendaftaran Negara. Selepas itu, rentak permainan KewN9 seolah-olah hilang arah dan bahagian pertahanan dilihat agak longgar. Manakala di bahagian serangan, Apis, Eri Boy, Remy dan Raja terus tenggelam dan hilang arah.

Udo selaku Penasihat Kelab turut kecewa, Manager pun..
Dalam usaha untulk mencari gol, gawang KewN9 bocor lagi akibat salah faham antara pertahanan dan penjaga gol.

KewN9 agak bernasib baik kerana barisan serangan Jab. Pendaftaran Negara banyak melepaskan peluang dihadapan gol, jika tidak, mungkin kalah dengan lebih teruk lagi dengan jaringan besar (mcm MU vs City,hihihi).

Ingin lebih banyak gamabr dan aksi????
Sila ke Facebook Casa Zara atau blog http://casazara.blogspot.com/  .Ini kerana KewN9
telah melantik beliau selaku jurugambar berbayar.Hehehehe




Ni lah punca tak leh main, rokok!!


Tgok tu, striker tu siap mintak setengah lagi



No comments:

Post a Comment